Wednesday, 9 January 2013

Dan disebalik itu

assalamualaikum,
dah lama dah sebenarnya dengar lagu ni
setanggi syurga-inteam
rasanya 8 tahun lepas,
yes since umur 12 tahun masa tu tahun 2004
tapi kenapa pulak tiba tiba nak update blog pasal lagu ni ye
erm yup sebenarnya saya sendiri baru tersedar maksud lagu ni sebenarnya


lirik:

Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Tersiksa jiwa merindu
Bagai terkurung dibasah tengkujuh
Kewangian aroma bunga
Tak menggugah keteguhan iman

Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
Pada redup renung mata yang menipu
Tuntas ku mendaki
Puncak cinta teragung

Izinkan aku melafazkan kata
Bicara hati yang mudah diterjemah
Betapa aku gerun pada teduh untuk bernaung
(Kerna awan itu rapuh)

Bahagia buat mereka
Yang bertemu cinta yang teragung
Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi

Dendam tak marak menyala dan membakar
Oleh putih salju yang berguguran
Kerna dosa itu
Lebih hitam dan kelam

Ku anyam rindu menjadi hamparan
Kerna ku pasti adanya pertemuan
Di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan
Tak bertemu pengucapan

Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Kata janjiMu...
Seharum setanggi syurga

sebenarnya lirik lagu yang sangat dalam maksudnya
tentang seorang hamba yang percaya dan beriman dengan Allah
sangat yakin dengan janji syurga Allah
menolak cinta dunia yang tidak membawa ke syurga Allah
cinta yang sementara

selepas 8 tahun baru tersedar maksud sebenar
pengajarannya untuk saya ialah bila dengar lagu yang ada lirik cinta tu x semestinya cinta manusia sahaja
jangan sempitkan perkataan bercinta untuk bercinta dengan manusia sahaja.
and the most important thing to remember is
kalau hasil tulisan manusia ciptaan Allah ni dah hebat dan mempunyai maksud yang mendalam
apatah lagi kalam Allah s.w.t
Al quran
berazam untuk memahami ALquran sepenuhnya
ya it a must to us as a muslim
hope all of us will be a good muslim
yes  in sha Allah
sama sama berdoa.
amin

No comments:

Post a Comment